Saturday, December 24, 2011

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia! *cakap penuh bersemangat* Apa khabar semua? Saya di sini sihat sejahtera. Semoga kalian bahagia di sisi keluarga kalian. Woi, apa ni?! Sebijik macam tulis surat. 

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya telah tamat sekolah
Saya bahagia sehingga boleh jadi penginap di hospital sakit jiwa. Saya dah habis SPM! . No more bell ring. No more textbooks. No need bertugas, cuci kelas, buang sampah, sapu sampah and sapu kepala orang. Lol. You alls jangan jeles. Cemburu buta boleh membuahkan hasad dengki dan perasaan ingin membalas dendam. Bahaya! Perlu dijauhkannya, nak? Nanti awak semua pun habis sekolah. Semua akan rasa perasaan tu. Perasaan nak BEBAS! Muahahahahahahah! *evil laugh*

Hey, hey. Saya tak habis sekolah lagilah. T.T . Saya pelajar tingkatan 3 tahun hadapan. Saya bakal menghadapi PMR tahun hadapan. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Sebab sekolah dah nak dekat kot. Penyakit apakah ini? Ya, malas. Penyakit MALAS. MALAS nak baca buku, MALAS nak pergi sekolah, MALAS nak ulangkaji. Tapi ada jugaknya perasaan RAJIN k.. RAJIN hadap komputer, RAJIN baca . . . .  TIMELINE bukan BUKU, RAJIN taip . . . STATUS. Penyakit ini sangat berbahaya sekiranya dihidap oleh candidates UPSR, PMR, SPM tahun hadapan. Lol , jk. Saya taip macam ni sebab saya tak tahu nak taip apa. Idea tak datang. Tak datang!

K, k . Saya tak tahu kenapa saya annoying sangat hari ni. -.-' Entah, saya tak tahu . Saya tak tahu. Saya tak bersalah. Saya tak BERSALAH!! -________________________-'

K bai. Assalamualaikum. 

p/s: Mood gila melanda. 


Saturday, November 19, 2011

Budak yang sedang taip ni periksa PMR tahun depan. * terketar ketar *



Amboi, kemain budak UPSR sekarang ni ya. Nak minta hadiah , yalah macamlah korang tak tahu. Biasa, dapat 5 A. Minta Samsung Galaxy Tab 10.1 kat ayah. Hampa, tak dapat. Dapat makan penampar adalah. Kesian, bisu 10 hari. Sumpahan penampar sulung ayah agaknya. Takut, ngeri. Dapat 5 A, minta rumah. Ok, tu melampau betul.

Dulu time ambil keputusan UPSR, tak takut langsung. Cuma malam sebelum hari nak ambil slip saja berdebar-debar. Tup, tap, tup, tap. Orang cakap saya dapat 5A. Saya panggil lalat dengan membuka mulut saya seluas mulut gua selama 10 saat. Mujur, tak ada pun seekor lalat pun masuk dalam mulut saya. Hari tu mungkin hari bertuah saya. Dulu, saya memang nak jadi budak pandai. Mungkin Allah bagi saya 5A untuk pembakar semangat untuk peperiksaan besar yang akan datang. Alhamdulillah.


Kemain betulnya peniaga baju zaman sekarang. Baru sehari habis sekolah, dah gantung barner "Promosi Kembali Ke Sekolah" Takut gila dengan perkataan tu. Macam takut hantu. Ok, tipu. 

Cuba bayangkan kalau saya jadi penyanyi macam Justin Bieber , Greyson Chance , Selena Gomez. Keeelas kau, Hazriq. * lol * Saya tahu awak nak muntah. Selalu sangat nak muntah. Tak biasa pula minta baldi dengan saya. Nah, saya bagilah. Sedekah, kasi free saja. Boleh bawa balik. K, bai. Saya kena makan ubat sakit tekak then sambung balik latihan nyanyian. Lol, gedik. 

Assalamualaikum.


Thursday, October 27, 2011

#Saya ada hobi baru. Tweeting! :25:
Err.. Minta maaf. Kebiasaan saya menulis entri di blog ini semakin luntur. Okey, saya pergi tanpa berita. * sebiji macam orang hilang * Di Facebook, saya jarang update status. Sila tanya, ke manakah saya membawa diri? * ayat ada kelas macam drama tidak? * Okey, okey. Err.. jujur. Saya lupa password saya. That's why saya baru boleh update sekarang. Apa? Macam mana boleh log in? Oh, nenek saya dekat kampung tolong ingatkan. Dia cakap, budak zaman sekarang, hal peribadi pun boleh lupa. Nasib baik, tahu pakai baju, pakai seluar. * sila jangan percaya * :face3:
Jadi, saya berharap semuanya sihat belaka. Sihat dan bertambah tembamnya! :45: Terima kasih siapa yang follow blog sepi ni, tsk. Awak memang baik hati, tangan, mata, jantung and semuanya! Terima kasih! Thank you! Arigato gozaimas! mush

Jadi? Er, saya nak cakap apa sekarang ni? * garu kepala * Hmm, saya rajin buka Twitter sekarang. Awak yang rasa comel ni bolehlah follow mollow saya kat sini. Jangan perhatikan bilangan Followers okey. Saya tahu, sikit. * merendah diri *

emoticon29 Sila tekan gambar. emoticon29


SPM nak dekat dah kan? Selamat bergelut dengan pen dan liquid paper. Selamat tidur di atas buku rujukan. Jawab hati-hati. Kalau memang dah tak dapat jawab sangat, konon terdesak sangat sampai nak meniru, awak boleh pergi lawat blog budak bijak ni. Budak bawah umur jangan sesekali MELIHATNYA. * caps locks tu umpama MENJERIT sambil MENUNDING JARI. Kau hadoo? lol. * Nah, ambillah.

Sekian sahaja celoteh saya yang kebanyakan banyak merepek ini. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi membazirkan masa anda menatap post ini. Saya terharu. Tengok, penuh satu baldi. Eh, saya perlu baldi yang kosong. Banyak betul air mata.

OK, Assalamualaikum. * sign out *

Sunday, August 21, 2011


What Assalamualaikum. Harap kamu, kamu, kamu dan ya, kamu sentiasa sihat dan sentiasa bertambah tembamnya! :45: Macam mana puasa? Okey? Hazriq dah ponteng sehari tahu! HAHA. Jangan percaya. Itu ayat menipu. Sudah besar panjang, ada hati nak ponteng. HAHA.

Sila ucapkan tahniah sebab Hazriq baru tahu kewujudan emoticon yang entah berkurun dah ada. Gerr.. :face59: Ingatkan blogger lain cari kat Photobucket.com. Pelik juga. Pasti pening kepala cari kat situ. Gambar kat situ memang banyak dan ya, serabutkan kepala yang sememangnya sudah serabut! Adui...

|Serius, Hazriq tak tahu apa yang Hazriq buat ini|


:103:
...Bab seterusnya...

Pada mulanya, Hazriq mahu post entri ini selepas pengumuman Raya nanti. Tetapi, bila fikirkan balik, yakin 122% yang Hazriq takkan taip apa-apa. Ya, MALAS! Perlu tambah SANGAT di hadapan.

Siapa yang sudah tinggal puasa? "Awak?" *sila bayangkan seorang guru menunding jari. Hmm.. nak cakap apa lagi ya? *garu kepala.


Oh ya. Terima kasih ya siapa yang baik hati LIKE http://www.facebook.com/Zarith.Hazriq.N97. Terima kasih 586! :face42: Terasa bersemangat. Biasalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hazriq akan cuba yang terbaik. Doakan Hazriq. :)

...Bab Serius...

Hazriq minta maaf sekiranya ada terasa hati, jantung, buah pinggang .... Okey, okey. Serius. Hazriq minta maf kalau semasa berinteraksi di Facebook, Blogger dan Twitter ataupun dimana-manalah, kalau Hazriq TERkutuk, TERmengumpat, MAAFKANLAH HAZRIQ. Maafkan Hazriq, Maafkan Hazriq, Maafkan Hazriq! Kita semua manusia biasa. Tak lepas dari kesalahan.

:face57:.

Selamat Bertakbir Raya. Selamat Masak Dodol. Selamat Anyam Ketupat. Selamat Makan Rendang.

|Alamak, makan dengan rendang sedap juga|

emoticon29 SELAMAT HARI RAYA emoticon29

Wednesday, July 20, 2011

#Assalamualaikum, kalau tak jawab, saya terasa. #emo.
Okey, tiba-tiba rasa terharu. Lama tidak update blog ini. Sudah bersawang. Tengok, Hazriq dah dapat penyakit bersin - bersin! Achum, achum! #bersingedik. Okey, okey. Buka mata anda yang cantik besar-besar dan baca tajuk di atas. Ya, ya. Ramadhan dah tak lama! Ramdhan dah nak datang! #taipsambilmelompat. Seronoknya! Hazriq dah tak sabar-sabar. 


Teringat masa dulu-dulu. Masa zaman kecil-kecil dahulu. Masa ni Hazriq sangat comel #tiba-tiba. "Siapa puasa, dapat duit RM50." Okey, masa dengar ni, melompat-lompat. Masa ni niat tak ikhlas. Puasa kerana $duit. Sekarang? Sudah matang. Niat kerana Allah. :'> Teringat masa zaman ketika muka Hazriq sangat comel, bersahur dalam keadaan mata mengantuk. Masa sekarang pun, tahan mengantuk juga. T_T. Sesi mengumpul duit raya paling menakjubkan! Kumpul duit kemudian beli apa yang mahu. Sekiranya tidak cukup, buat muka comel depan mama dengan abah. Tahun bila entah, dapatlah motor besar automatik. Sekarang, sudah rosak. Entah siapalah yang cerdik sangat letak bateri dalam air. Kenangan, kenangan . :'>

Sesi buka puasa waktu dahulu usah dikatakan kecohnya. Memang betul-betul kecoh macam kat Bazar Ramadhan. Suara paling bising, suara Hazriq la. HAHA. Tangan sebelah pegang air soya, sebelah lagi genggam nasi. Bertambah-tambah macam orang kebulur. Apa yang dibeli kat bazar tak habis. Membazir sahaja. #marahdekatdirisendiri. Abah hanya bagi main bunga api sahaja. Sekarang? Main juga. Terasa umur kurang dua, tiga tahun. HEHE.

Buat peminat bubur lambuk, dapatkan ia di kedai Hazriq. #gurau. Hazriq minat makan bubur lambuk. Sedap, sedap. Apa-apapun, selamat berpuasa.

Ramadhan yang ditunggu-tunggu kini datang tidak lama lagi. Bersyukur dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab seorang Muslim. #terharukita. :'>

Saturday, May 28, 2011


Tidak mengapa bukan kalau Hazriq letak lagu? Kalau menganggu, sila beritahu Hazriq. Saja, hendak tukar mood juga. Hazriq tengok yang lain letak lagu. Tapi, Hazriq tak letakla lagu cintan-cintun tu. Tak sukalah macam tu. Hazriq takla jiwang karat. Har, har, har! Gelak jahat, gelak jahat!

Masa cuti macam ni la Hazriq tunggu. Sebelum cuti, duduk tercongok hadap kalender walaupun masa tu minggu peperiksaan. Hazriq gilakan cuti sekolah!



Sumber gambar Encik Google!


Sekiranya ada rezeki, nak jadi PHOTOGRAPHER yang harapnya jadi kenyataan. Perlu ada EOS600D. Dah minta dengan mama, tapi syaratnya... tak payah ceritalah -.-'


Sumber gambar Encik Google!


Masih lagi nak jadi seorang penulis atau novelista. Kemungkinan, Hazriq akan mendapat gelaran itu. Doakan Hazriq ya?



Saturday, May 7, 2011







Entah apa mimpi semalam, tiba-tiba teringin nak buat entri tentang ni. Hohoho... Canon EOS 600D ni Hazriq punya! Orang lain tak boleh ambil! :P Gurau je.. Memang mengidam(sebijik macam orang tengah mengandung!) nak benda ni(?) Harga dia? Entahlah, Hazriq cari kat internet lebih kurang RM 2000 lebih. Ciri-ciri dia Hazriq ada baca kat Wikipedia.com. Berderet function dia. Hazriq pula tak tahu apa yang ditulis tu. Maklumlah, DSLR atas tu belum ada di tangan. Hari Khamis lepas, Hazriq pegang DSLR kawan. NIKON D3100. Nampak cool! Hazriq memang tabik spring toing-toing dengan DSLR Nana tu. Kadang-kadang rasa geram juga. Harganya dia lebih kurang macam harga DSLR EOS 600D. Berikut adalah ciri-ciri dia:-


Full HD 1080p video recording at 24/25/30 fps. HD 720p and 640×480 video recording at 50/60 fps
   3–10× Digital Zoom in video recording. Live view mode. Built in flash with Speedlite wireless multi-flash support. 9 point AF with centre cross-type sensor sensitive at f/2.8. Four metering modes, using 63-zones: spot, partial, center-weighted average, and evaluative metering. Highlight tone priority. EOS integrated cleaning system. sRGB and Adobe RGB colour spaces. ISO 100–6,400 expandable to 12,800. Continuous drive up to 3.7 frame/s (34 images (JPEG), 6 images (RAW). SD, SDHC, and SDXC memory card file storage. RAW and large JPEG simultaneous recording. Eye-Fi support. USB 2.0, HDMI interface. LP-E8 battery
Berikut adala ciri-ciri Canon EOS 600D.

Secara automatik, wishlist ini akan ditukar dan ditambah lagi satu wish yang harapnya menjadi kenyataan! Bila nak tukar? Er.. nantilah.. tiba-tiba rasa malas. Err... Berharap sangat mama boleh dapatkan benda tu untuk saya! xD

Monday, May 2, 2011



Dengar sahaja nama Kak AinMaisarah, pasti semua kenal! jangan kata tak kenal!  Dengar sahaja novelis-novelis terkenal yang lain, pasti semua menggiyakannya, tanda kenal! Hohoho, Hazriq nak sangat jadi popular Popular macam Justin Bieber xD Hazriq nak juga merasa memegang karya sendiri. Hazriq nak tengok juga karya Hazriq tersusun kemas semasa PBAKL nanti! Bak kata, Hazriq nak rasa apa yang novelis lain rasakan! Alamak, tiba-tiba jadi emosional!


Seiiring itu, Hazriq nak jadi photographer yang dihujungnya ada perkataan JUNIOR. perasaan diri ini tersangatlah muda! Memang muda pun. Umur baru 14 tahun, memanglah muda. Bagi merealisasikan cita-cita ini, Hazriq perlu kamera yang canggih, DSLR! DSLR itu mesti jenis CANON, bukan NIKON dan SONY.Dasar pemilih! xD Err... cakap memanglah senang! Duitnya? Usah dibahaskan! Mama cakap kalau keputusan peperiksaan okey, semuanya 9A, baru mama dengan senang hati mengeluarkan bank di mesin ATM, start enjin kereta dan pergi kedai kamera dan DSLR jadi milik saya secara rasminya!







Err... di atas baru mukaddimahnya. Ini baru isi-isi pentingnya. Ala, macam karangan juga. Ada PENGENALAN, ISI-ISI PENTING dan seterusnya PENUTUP.Banyaklah awak punya karangan! Menjejak kaki ke PWTC, memang sesak. Undur ke belakang, orang belakang menjerit, "Hoi, tepi sikit!" Sekiranya ke depan, mestilah terlanggar orang depan kerana begitu ramai datang ke sana! Bagai gula dihurung semut! Semasa ke sana, Hazriq gemar memakai selipar. Senang sahaja, tidak perlu ikat-ikat tali. Tetapi, keinginan mahu memakai selipar telah DIMUSNAHKAN 100% kerana ada satu kemalangan kecil yang tak begitu ngeri berlaku. Dan mangsanya adalah Hazriq. Suspeknya? Melarikan diri ala-ala langgar lari! Kuku kaki Hazriq kena pijak! Sampai BERDARAH! Sampai nak TERCABUT! Sakitnya =.='

Rasa sakit sekejap sahaja, rasa berdebar-debar paling lama. Dup dap, dup dap! Jujurnya, Hazriq memang agak TAKUT mahu berjumpa KakAinMaisarah. Entahlah sebab apa. Gambarnya? Hilang kerana KEGATALAN tangan Hazriq memadam secara TIDAK SENGAJA okey!

Melawat Kedai Pink AinMaisarah memang seronok. Dapat berjumpa Kak AinMaisarah, Kak Izanor Sharif dan Abang Azanil Fitri. Semuanya serba PINK! Selesai sahaja ambil tandatangan, terus pergi ke booth PTS yang begitu sesak. Hazriq bertindak menyorok kaki Hazriq. Bimbang dilanyak lagi! Tidak mahu pisang berbuah berkali-kali. Beberapa jam di sana, kaki mula letih. Hati meronta-ronta, kaki sudah kebas, mahu pulang ke hotel. Cakap kat abah dan mama nak balik hotel. Abah dan mama menurut dan sesi merehatkan kaki pun bermula.

Memang seronok di sana! Cepatlah muncul tahun hadapan. Mahu berjumpa Kak Ain lagi. Mahu beli buku banyak-banyak lagi.Tahun hadapan juga, Hazriq bakal menghadapi saat-saat paling getir dalam hidup. PMR yang menakutkan! T_T

Okey. Hazriq nak berehat. Assalamualaikum dan selamat tinggal!
P/S: Mahu berlayar. Kuh, kuh, kuh
Photobucket

Monday, March 28, 2011

Assalamualaikum,

Wah! Hazriq hari ini diserap semangat yang tinggi! Kononnya, mahu menulis entri yang panjang daripada entri yang lain. Harapnya begitu~

Hazriq sudah tidak sabar-sabar mahu pergi ke PWTC dan mahu berbelanja sakan di sana! Yow! Semalam, Hazriq dengan family sudah berbincang akan pergi ke sana pada minggu pertama ianya berlangsung. Akan menginap secara rasminya di Legend Hotel sebelah The Mall! Yey! :D Menginap di bandar Metropolitan selama 3 hari 2 malam. Oh, seronoknya!

OH! CEPATLAH MUNCUL 22 APRIL!
Tak sabar-sabar kerana:-



1) Mahu berjumpa dengan penulis remaja yang diminati tanah air! Kak Ain Maisarah yang comel itu secara live! Oh, juga kaya kerana menerima royalti sebanyak RM 80,000! :D


2) Tangan sudah gatal tidak dapat pegang buku selama beberapa bulan dan akan membeli beberapa buah buku hasil sponsor mama dan hasil duit tabung yang nampaknya sudah penuh dengan syiling-syiling! Harapnya sudah lebih daripada RM50! :D


3) Mahu berjumpa novelis-novelis lain dan kartunis-kartunis yang semakin mencanak-canak namanya bagaikan Bursa di Kuala Lumpur!



Saya tidak tahu ini gambar sebenarnya atau tidak

4) Berjumpa Fasharina Bt. Tan Sri Hisyam yang sudah bergandingan dengan Amir Shah Azman! Juga mahu bergambar dengan Tengku Affin yang wajah kacaknya kalah Tom Cruise itu! sekiranya ada rezeki! Juga tidak sabar menunggu acara kemuncak di kedai Pink AinMaisarah itu!


Berikut adalah faktor-faktornya. 22 April hingga 1 May akan diisi sepenuhnya di PWTC, Kuala Lumpur. Tidak mengapa walaupun sudah muak memandang buku yang disusun rapi di sana kerana ianya dilakukan SETAHUN SEKALI. Dan inilah antara tarikh penting dalam kalender hamba Allah yang bernama Muhammad Zarith Hazriq b. Azhar! :D

p/s: Jom serbu PWTC beramai-ramai! Anda pasti akan merasai keseronokan yang tidak terhingga! Yay!
Photobucket

Friday, January 28, 2011

Assalamualaikum..

Ain semalam dengan Azzah duduk satu meja dengan Hazriq dan Badrul.. Happy gila! Waktu b.m cikgu bagi kelonggaran guna CMPC bila kerja dah siap.. Hazriq siap paling awal.. Hazriq hanya genius dalam B.M saja :D

Semalam Hazriq memang rasa seronok plus suspen... Hazriq dengan 3 orang kawan paling sayang (Badrul, Cik Ain & Azzah tengok video hantu.. Walaupun Hazriq (akui sejujurnya) yang Hazriq ni penakut tetapi.. semakin takut menonton.. semakin seronok... Hazriq memang dera jantung Hazriq supaya berdebar-debar dan berdebar.. Semakin kencang macam angin taufan.. Best apa!

Badrul memang agak berani daripada Hazriq... Tetapi dia semalam terkejut beruk juga! padan muka! Perangai Hazriq memang semulajadi... sebelum mata Hazriq tengok video hantu.. Hazriq memang suruh sesiapa sahaja yang duduk di sebelah kiri atau kanan Hazriq yang check dahulu.. Kat mana hantu tu muncul.. kat mana hantu tu wujud..

Badrul semalam berulang2 kali cakap

So, so, so, so, so, so, so! Berulang kali sampai saya pun nak muntah

And then Cik Ain Fatihah cakap..
Cakaplah so banyak2 kali.. Nanti datang hantu karang! Padan Muka!

Tiba2 mata Badrul terbeliak.. Thats mean... Hantu telah menghantui Badrul.. Padan muka! Padan muka! Padan muka!

Ain masa tu dah tutup mata dengan tangan serius!kelakar gila beb

Azzah macam buat tak tahu..blur kot
Saya dengan Badrul ketawa.. Macam hantu tu macam Mr Bean agaknya

Mujur Hazriq dapat tidur semalam! Best beb! Baik tengok kat Youtube.. Yang tak boleh bla.. bila ada hantu keluar dari lubang jamban

Huhuhu.. you must try it Cik AinFatihah & Azzah.. Tak sabar nak tengok korang menjerit macam orang gila!



Photobucket

Sunday, January 23, 2011







Masa tu kejadian ni masa...

kurang 9 tahun. Waktu tu cuti sekolah.. So, my parents ajak pergi Genting Highlands. Wah.. memang seronok la.. Kitaorang duduk kat situ lebih kurang 3 hari 2 malam..

Sebelum balik.. kitaorang main lagi.. Saya memang minat main bumper car.. Seronok... walaupun bumper car tu lebih besar daripada badan Mula2.. saya ingat adik saya ikut belakang saya nak main bumper car tu.. Rupanya beliau tak cukup tinggi... minum susu banyak2 dik..

Jadi.. kenalah pilih kereta masing2.. Oleh kerana saya ketika itu agak blurr saya terpaksa mengambil bumper car berwarna pink colour lembut Masa tu saya tak rasa apa2.. Rasa macam safe saja.. Bila dia dah bagi cakap yang bumper car boleh bergerak.. semua orang teruja.. semua orang gembira.. Lain pulak dengan saya.. Bumper car saya tak bergerak.. Saya pun tunduk cari pedal nak tekan.... Masa tu memang malu gila

Tiba2 ada orang langgar bumper car tu dan masa tulah baru boleh jalan.. Saya dengan jakunnya melambai-lambai tangan kat family saya yang tengah berkerut dahi melihat saya.. Tapi.. saya main sekejap saja.. 1 minit je.. Masa nak keluar tu nak pergi kat ayah, mak saya tu.. Saya keluar seperti kaki seorang gentlemen..

Hope2 orang yang jaga bumper car tu dah tak ingat perangai saya yang jakun ni...


Photobucket

Tuesday, January 18, 2011


Assalamualaikum..


Uwaa! Saya merana satu badan.. Penangan merentas *benua* semalam... Huhuhu...ramai yang ambil shortcut semalam.. Saya tak tergolong.. Saya pelajar yang dedikasi, baik, (sila abaikan ayat bodek ini) dan tidak akan pernah mengambil jalan pintas tersebut...
;
Huhuhu... ada kawan seorang tu sedang cucuk2 saya.. Katanya, *Latihan nanti kita ikut jalan pintas nak?* Saya dengan pantas menggeleng tanda tidak akan terpujuk dengan ajakan itu.. Hahaha.. padan muka!

Sukan yang paling minati? Badminton!(jerit dalam hati!).. Tapi, saya taklah sehebat Lee Chong Wei, Lin Dan dan pemain2 lain.. Saya setaraf kanak2 yang berumur 6 tahun.. Saya lebih gemar duduk dalam rumah, menghadap komputer, layari Facebook laman PTS ataupun menyiapkan manuskrip yang berlambak dalam dokumen... Wakawaka!

Oh,.. saya dah panjang bicara... Tata

Saturday, January 8, 2011

Takziah buat Keluarga Haji Nadzir dan Kak Suraya, Kak Dewi dan Abang Arif.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Amin...

Semuanya datang dan kembali kepada Moga kita ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman kelak. Insya-Allah..

Saturday, January 1, 2011

Assalamualaikum,

Huhuhu.. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung blog saya?

HAPPY NEW YEAR!



Tetapi, saya rasa 2010 seperti ada yang penting... Tiba2 saya rasa sedih nak tinggalkan 2010.. Aduh, entahlah.. Tiba2 jadi emosional. Saya rasa tahun 2010 adalah tahun terbaik daripada tahun2 yang dahulu.. Huhu... apa ya 'benda' yang buat saya rasa pilu nak tinggalkan 2010? ;(

Tapi, sekarang 2011.. Bukan 2010! Jadi, sudah tentu kena pasang azam baru kan? Azam 2010 entah tertunai ke tidak.. Tapi itu dahulu! Azam saya:-

*Keputusan mesti straight A...(Amboi, tensionla macam tu... ;( )

*Hmm.. kumpul duit banyak2 dan belanja sakan beli buku kat PESTA BUKU ANTARA BANGSA nanti...

*Lakukan amal ibadat dengan sebanyak dan seikhlas hati..

Rasanya itu sahaja.. Oklah.. saya nak makan dahulu.. Semoga tahun 2011 lebih baik daripada tahun yang lepas.. Apa2 pun Selamat Tahun Baru