Friday, January 28, 2011

Assalamualaikum..

Ain semalam dengan Azzah duduk satu meja dengan Hazriq dan Badrul.. Happy gila! Waktu b.m cikgu bagi kelonggaran guna CMPC bila kerja dah siap.. Hazriq siap paling awal.. Hazriq hanya genius dalam B.M saja :D

Semalam Hazriq memang rasa seronok plus suspen... Hazriq dengan 3 orang kawan paling sayang (Badrul, Cik Ain & Azzah tengok video hantu.. Walaupun Hazriq (akui sejujurnya) yang Hazriq ni penakut tetapi.. semakin takut menonton.. semakin seronok... Hazriq memang dera jantung Hazriq supaya berdebar-debar dan berdebar.. Semakin kencang macam angin taufan.. Best apa!

Badrul memang agak berani daripada Hazriq... Tetapi dia semalam terkejut beruk juga! padan muka! Perangai Hazriq memang semulajadi... sebelum mata Hazriq tengok video hantu.. Hazriq memang suruh sesiapa sahaja yang duduk di sebelah kiri atau kanan Hazriq yang check dahulu.. Kat mana hantu tu muncul.. kat mana hantu tu wujud..

Badrul semalam berulang2 kali cakap

So, so, so, so, so, so, so! Berulang kali sampai saya pun nak muntah

And then Cik Ain Fatihah cakap..
Cakaplah so banyak2 kali.. Nanti datang hantu karang! Padan Muka!

Tiba2 mata Badrul terbeliak.. Thats mean... Hantu telah menghantui Badrul.. Padan muka! Padan muka! Padan muka!

Ain masa tu dah tutup mata dengan tangan serius!kelakar gila beb

Azzah macam buat tak tahu..blur kot
Saya dengan Badrul ketawa.. Macam hantu tu macam Mr Bean agaknya

Mujur Hazriq dapat tidur semalam! Best beb! Baik tengok kat Youtube.. Yang tak boleh bla.. bila ada hantu keluar dari lubang jamban

Huhuhu.. you must try it Cik AinFatihah & Azzah.. Tak sabar nak tengok korang menjerit macam orang gila!



Photobucket

Sunday, January 23, 2011







Masa tu kejadian ni masa...

kurang 9 tahun. Waktu tu cuti sekolah.. So, my parents ajak pergi Genting Highlands. Wah.. memang seronok la.. Kitaorang duduk kat situ lebih kurang 3 hari 2 malam..

Sebelum balik.. kitaorang main lagi.. Saya memang minat main bumper car.. Seronok... walaupun bumper car tu lebih besar daripada badan Mula2.. saya ingat adik saya ikut belakang saya nak main bumper car tu.. Rupanya beliau tak cukup tinggi... minum susu banyak2 dik..

Jadi.. kenalah pilih kereta masing2.. Oleh kerana saya ketika itu agak blurr saya terpaksa mengambil bumper car berwarna pink colour lembut Masa tu saya tak rasa apa2.. Rasa macam safe saja.. Bila dia dah bagi cakap yang bumper car boleh bergerak.. semua orang teruja.. semua orang gembira.. Lain pulak dengan saya.. Bumper car saya tak bergerak.. Saya pun tunduk cari pedal nak tekan.... Masa tu memang malu gila

Tiba2 ada orang langgar bumper car tu dan masa tulah baru boleh jalan.. Saya dengan jakunnya melambai-lambai tangan kat family saya yang tengah berkerut dahi melihat saya.. Tapi.. saya main sekejap saja.. 1 minit je.. Masa nak keluar tu nak pergi kat ayah, mak saya tu.. Saya keluar seperti kaki seorang gentlemen..

Hope2 orang yang jaga bumper car tu dah tak ingat perangai saya yang jakun ni...


Photobucket

Tuesday, January 18, 2011


Assalamualaikum..


Uwaa! Saya merana satu badan.. Penangan merentas *benua* semalam... Huhuhu...ramai yang ambil shortcut semalam.. Saya tak tergolong.. Saya pelajar yang dedikasi, baik, (sila abaikan ayat bodek ini) dan tidak akan pernah mengambil jalan pintas tersebut...
;
Huhuhu... ada kawan seorang tu sedang cucuk2 saya.. Katanya, *Latihan nanti kita ikut jalan pintas nak?* Saya dengan pantas menggeleng tanda tidak akan terpujuk dengan ajakan itu.. Hahaha.. padan muka!

Sukan yang paling minati? Badminton!(jerit dalam hati!).. Tapi, saya taklah sehebat Lee Chong Wei, Lin Dan dan pemain2 lain.. Saya setaraf kanak2 yang berumur 6 tahun.. Saya lebih gemar duduk dalam rumah, menghadap komputer, layari Facebook laman PTS ataupun menyiapkan manuskrip yang berlambak dalam dokumen... Wakawaka!

Oh,.. saya dah panjang bicara... Tata

Saturday, January 8, 2011

Takziah buat Keluarga Haji Nadzir dan Kak Suraya, Kak Dewi dan Abang Arif.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Amin...

Semuanya datang dan kembali kepada Moga kita ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman kelak. Insya-Allah..

Saturday, January 1, 2011

Assalamualaikum,

Huhuhu.. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung blog saya?

HAPPY NEW YEAR!



Tetapi, saya rasa 2010 seperti ada yang penting... Tiba2 saya rasa sedih nak tinggalkan 2010.. Aduh, entahlah.. Tiba2 jadi emosional. Saya rasa tahun 2010 adalah tahun terbaik daripada tahun2 yang dahulu.. Huhu... apa ya 'benda' yang buat saya rasa pilu nak tinggalkan 2010? ;(

Tapi, sekarang 2011.. Bukan 2010! Jadi, sudah tentu kena pasang azam baru kan? Azam 2010 entah tertunai ke tidak.. Tapi itu dahulu! Azam saya:-

*Keputusan mesti straight A...(Amboi, tensionla macam tu... ;( )

*Hmm.. kumpul duit banyak2 dan belanja sakan beli buku kat PESTA BUKU ANTARA BANGSA nanti...

*Lakukan amal ibadat dengan sebanyak dan seikhlas hati..

Rasanya itu sahaja.. Oklah.. saya nak makan dahulu.. Semoga tahun 2011 lebih baik daripada tahun yang lepas.. Apa2 pun Selamat Tahun Baru