Monday, March 28, 2011

Bermulanya Satu Rancangan! :D

Assalamualaikum,

Wah! Hazriq hari ini diserap semangat yang tinggi! Kononnya, mahu menulis entri yang panjang daripada entri yang lain. Harapnya begitu~

Hazriq sudah tidak sabar-sabar mahu pergi ke PWTC dan mahu berbelanja sakan di sana! Yow! Semalam, Hazriq dengan family sudah berbincang akan pergi ke sana pada minggu pertama ianya berlangsung. Akan menginap secara rasminya di Legend Hotel sebelah The Mall! Yey! :D Menginap di bandar Metropolitan selama 3 hari 2 malam. Oh, seronoknya!

OH! CEPATLAH MUNCUL 22 APRIL!
Tak sabar-sabar kerana:-



1) Mahu berjumpa dengan penulis remaja yang diminati tanah air! Kak Ain Maisarah yang comel itu secara live! Oh, juga kaya kerana menerima royalti sebanyak RM 80,000! :D


2) Tangan sudah gatal tidak dapat pegang buku selama beberapa bulan dan akan membeli beberapa buah buku hasil sponsor mama dan hasil duit tabung yang nampaknya sudah penuh dengan syiling-syiling! Harapnya sudah lebih daripada RM50! :D


3) Mahu berjumpa novelis-novelis lain dan kartunis-kartunis yang semakin mencanak-canak namanya bagaikan Bursa di Kuala Lumpur!



Saya tidak tahu ini gambar sebenarnya atau tidak

4) Berjumpa Fasharina Bt. Tan Sri Hisyam yang sudah bergandingan dengan Amir Shah Azman! Juga mahu bergambar dengan Tengku Affin yang wajah kacaknya kalah Tom Cruise itu! sekiranya ada rezeki! Juga tidak sabar menunggu acara kemuncak di kedai Pink AinMaisarah itu!


Berikut adalah faktor-faktornya. 22 April hingga 1 May akan diisi sepenuhnya di PWTC, Kuala Lumpur. Tidak mengapa walaupun sudah muak memandang buku yang disusun rapi di sana kerana ianya dilakukan SETAHUN SEKALI. Dan inilah antara tarikh penting dalam kalender hamba Allah yang bernama Muhammad Zarith Hazriq b. Azhar! :D

p/s: Jom serbu PWTC beramai-ramai! Anda pasti akan merasai keseronokan yang tidak terhingga! Yay!
Photobucket