Saturday, May 28, 2011


Tidak mengapa bukan kalau Hazriq letak lagu? Kalau menganggu, sila beritahu Hazriq. Saja, hendak tukar mood juga. Hazriq tengok yang lain letak lagu. Tapi, Hazriq tak letakla lagu cintan-cintun tu. Tak sukalah macam tu. Hazriq takla jiwang karat. Har, har, har! Gelak jahat, gelak jahat!

Masa cuti macam ni la Hazriq tunggu. Sebelum cuti, duduk tercongok hadap kalender walaupun masa tu minggu peperiksaan. Hazriq gilakan cuti sekolah!



Sumber gambar Encik Google!


Sekiranya ada rezeki, nak jadi PHOTOGRAPHER yang harapnya jadi kenyataan. Perlu ada EOS600D. Dah minta dengan mama, tapi syaratnya... tak payah ceritalah -.-'


Sumber gambar Encik Google!


Masih lagi nak jadi seorang penulis atau novelista. Kemungkinan, Hazriq akan mendapat gelaran itu. Doakan Hazriq ya?



Saturday, May 7, 2011







Entah apa mimpi semalam, tiba-tiba teringin nak buat entri tentang ni. Hohoho... Canon EOS 600D ni Hazriq punya! Orang lain tak boleh ambil! :P Gurau je.. Memang mengidam(sebijik macam orang tengah mengandung!) nak benda ni(?) Harga dia? Entahlah, Hazriq cari kat internet lebih kurang RM 2000 lebih. Ciri-ciri dia Hazriq ada baca kat Wikipedia.com. Berderet function dia. Hazriq pula tak tahu apa yang ditulis tu. Maklumlah, DSLR atas tu belum ada di tangan. Hari Khamis lepas, Hazriq pegang DSLR kawan. NIKON D3100. Nampak cool! Hazriq memang tabik spring toing-toing dengan DSLR Nana tu. Kadang-kadang rasa geram juga. Harganya dia lebih kurang macam harga DSLR EOS 600D. Berikut adalah ciri-ciri dia:-


Full HD 1080p video recording at 24/25/30 fps. HD 720p and 640×480 video recording at 50/60 fps
   3–10× Digital Zoom in video recording. Live view mode. Built in flash with Speedlite wireless multi-flash support. 9 point AF with centre cross-type sensor sensitive at f/2.8. Four metering modes, using 63-zones: spot, partial, center-weighted average, and evaluative metering. Highlight tone priority. EOS integrated cleaning system. sRGB and Adobe RGB colour spaces. ISO 100–6,400 expandable to 12,800. Continuous drive up to 3.7 frame/s (34 images (JPEG), 6 images (RAW). SD, SDHC, and SDXC memory card file storage. RAW and large JPEG simultaneous recording. Eye-Fi support. USB 2.0, HDMI interface. LP-E8 battery
Berikut adala ciri-ciri Canon EOS 600D.

Secara automatik, wishlist ini akan ditukar dan ditambah lagi satu wish yang harapnya menjadi kenyataan! Bila nak tukar? Er.. nantilah.. tiba-tiba rasa malas. Err... Berharap sangat mama boleh dapatkan benda tu untuk saya! xD

Monday, May 2, 2011



Dengar sahaja nama Kak AinMaisarah, pasti semua kenal! jangan kata tak kenal!  Dengar sahaja novelis-novelis terkenal yang lain, pasti semua menggiyakannya, tanda kenal! Hohoho, Hazriq nak sangat jadi popular Popular macam Justin Bieber xD Hazriq nak juga merasa memegang karya sendiri. Hazriq nak tengok juga karya Hazriq tersusun kemas semasa PBAKL nanti! Bak kata, Hazriq nak rasa apa yang novelis lain rasakan! Alamak, tiba-tiba jadi emosional!


Seiiring itu, Hazriq nak jadi photographer yang dihujungnya ada perkataan JUNIOR. perasaan diri ini tersangatlah muda! Memang muda pun. Umur baru 14 tahun, memanglah muda. Bagi merealisasikan cita-cita ini, Hazriq perlu kamera yang canggih, DSLR! DSLR itu mesti jenis CANON, bukan NIKON dan SONY.Dasar pemilih! xD Err... cakap memanglah senang! Duitnya? Usah dibahaskan! Mama cakap kalau keputusan peperiksaan okey, semuanya 9A, baru mama dengan senang hati mengeluarkan bank di mesin ATM, start enjin kereta dan pergi kedai kamera dan DSLR jadi milik saya secara rasminya!







Err... di atas baru mukaddimahnya. Ini baru isi-isi pentingnya. Ala, macam karangan juga. Ada PENGENALAN, ISI-ISI PENTING dan seterusnya PENUTUP.Banyaklah awak punya karangan! Menjejak kaki ke PWTC, memang sesak. Undur ke belakang, orang belakang menjerit, "Hoi, tepi sikit!" Sekiranya ke depan, mestilah terlanggar orang depan kerana begitu ramai datang ke sana! Bagai gula dihurung semut! Semasa ke sana, Hazriq gemar memakai selipar. Senang sahaja, tidak perlu ikat-ikat tali. Tetapi, keinginan mahu memakai selipar telah DIMUSNAHKAN 100% kerana ada satu kemalangan kecil yang tak begitu ngeri berlaku. Dan mangsanya adalah Hazriq. Suspeknya? Melarikan diri ala-ala langgar lari! Kuku kaki Hazriq kena pijak! Sampai BERDARAH! Sampai nak TERCABUT! Sakitnya =.='

Rasa sakit sekejap sahaja, rasa berdebar-debar paling lama. Dup dap, dup dap! Jujurnya, Hazriq memang agak TAKUT mahu berjumpa KakAinMaisarah. Entahlah sebab apa. Gambarnya? Hilang kerana KEGATALAN tangan Hazriq memadam secara TIDAK SENGAJA okey!

Melawat Kedai Pink AinMaisarah memang seronok. Dapat berjumpa Kak AinMaisarah, Kak Izanor Sharif dan Abang Azanil Fitri. Semuanya serba PINK! Selesai sahaja ambil tandatangan, terus pergi ke booth PTS yang begitu sesak. Hazriq bertindak menyorok kaki Hazriq. Bimbang dilanyak lagi! Tidak mahu pisang berbuah berkali-kali. Beberapa jam di sana, kaki mula letih. Hati meronta-ronta, kaki sudah kebas, mahu pulang ke hotel. Cakap kat abah dan mama nak balik hotel. Abah dan mama menurut dan sesi merehatkan kaki pun bermula.

Memang seronok di sana! Cepatlah muncul tahun hadapan. Mahu berjumpa Kak Ain lagi. Mahu beli buku banyak-banyak lagi.Tahun hadapan juga, Hazriq bakal menghadapi saat-saat paling getir dalam hidup. PMR yang menakutkan! T_T

Okey. Hazriq nak berehat. Assalamualaikum dan selamat tinggal!
P/S: Mahu berlayar. Kuh, kuh, kuh
Photobucket