Monday, May 2, 2011

PBAKL End!



Dengar sahaja nama Kak AinMaisarah, pasti semua kenal! jangan kata tak kenal!  Dengar sahaja novelis-novelis terkenal yang lain, pasti semua menggiyakannya, tanda kenal! Hohoho, Hazriq nak sangat jadi popular Popular macam Justin Bieber xD Hazriq nak juga merasa memegang karya sendiri. Hazriq nak tengok juga karya Hazriq tersusun kemas semasa PBAKL nanti! Bak kata, Hazriq nak rasa apa yang novelis lain rasakan! Alamak, tiba-tiba jadi emosional!


Seiiring itu, Hazriq nak jadi photographer yang dihujungnya ada perkataan JUNIOR. perasaan diri ini tersangatlah muda! Memang muda pun. Umur baru 14 tahun, memanglah muda. Bagi merealisasikan cita-cita ini, Hazriq perlu kamera yang canggih, DSLR! DSLR itu mesti jenis CANON, bukan NIKON dan SONY.Dasar pemilih! xD Err... cakap memanglah senang! Duitnya? Usah dibahaskan! Mama cakap kalau keputusan peperiksaan okey, semuanya 9A, baru mama dengan senang hati mengeluarkan bank di mesin ATM, start enjin kereta dan pergi kedai kamera dan DSLR jadi milik saya secara rasminya!







Err... di atas baru mukaddimahnya. Ini baru isi-isi pentingnya. Ala, macam karangan juga. Ada PENGENALAN, ISI-ISI PENTING dan seterusnya PENUTUP.Banyaklah awak punya karangan! Menjejak kaki ke PWTC, memang sesak. Undur ke belakang, orang belakang menjerit, "Hoi, tepi sikit!" Sekiranya ke depan, mestilah terlanggar orang depan kerana begitu ramai datang ke sana! Bagai gula dihurung semut! Semasa ke sana, Hazriq gemar memakai selipar. Senang sahaja, tidak perlu ikat-ikat tali. Tetapi, keinginan mahu memakai selipar telah DIMUSNAHKAN 100% kerana ada satu kemalangan kecil yang tak begitu ngeri berlaku. Dan mangsanya adalah Hazriq. Suspeknya? Melarikan diri ala-ala langgar lari! Kuku kaki Hazriq kena pijak! Sampai BERDARAH! Sampai nak TERCABUT! Sakitnya =.='

Rasa sakit sekejap sahaja, rasa berdebar-debar paling lama. Dup dap, dup dap! Jujurnya, Hazriq memang agak TAKUT mahu berjumpa KakAinMaisarah. Entahlah sebab apa. Gambarnya? Hilang kerana KEGATALAN tangan Hazriq memadam secara TIDAK SENGAJA okey!

Melawat Kedai Pink AinMaisarah memang seronok. Dapat berjumpa Kak AinMaisarah, Kak Izanor Sharif dan Abang Azanil Fitri. Semuanya serba PINK! Selesai sahaja ambil tandatangan, terus pergi ke booth PTS yang begitu sesak. Hazriq bertindak menyorok kaki Hazriq. Bimbang dilanyak lagi! Tidak mahu pisang berbuah berkali-kali. Beberapa jam di sana, kaki mula letih. Hati meronta-ronta, kaki sudah kebas, mahu pulang ke hotel. Cakap kat abah dan mama nak balik hotel. Abah dan mama menurut dan sesi merehatkan kaki pun bermula.

Memang seronok di sana! Cepatlah muncul tahun hadapan. Mahu berjumpa Kak Ain lagi. Mahu beli buku banyak-banyak lagi.Tahun hadapan juga, Hazriq bakal menghadapi saat-saat paling getir dalam hidup. PMR yang menakutkan! T_T

Okey. Hazriq nak berehat. Assalamualaikum dan selamat tinggal!
P/S: Mahu berlayar. Kuh, kuh, kuh
Photobucket