Saturday, May 28, 2011

To Do List in Order When 20 Years Old


Tidak mengapa bukan kalau Hazriq letak lagu? Kalau menganggu, sila beritahu Hazriq. Saja, hendak tukar mood juga. Hazriq tengok yang lain letak lagu. Tapi, Hazriq tak letakla lagu cintan-cintun tu. Tak sukalah macam tu. Hazriq takla jiwang karat. Har, har, har! Gelak jahat, gelak jahat!

Masa cuti macam ni la Hazriq tunggu. Sebelum cuti, duduk tercongok hadap kalender walaupun masa tu minggu peperiksaan. Hazriq gilakan cuti sekolah!



Sumber gambar Encik Google!


Sekiranya ada rezeki, nak jadi PHOTOGRAPHER yang harapnya jadi kenyataan. Perlu ada EOS600D. Dah minta dengan mama, tapi syaratnya... tak payah ceritalah -.-'


Sumber gambar Encik Google!


Masih lagi nak jadi seorang penulis atau novelista. Kemungkinan, Hazriq akan mendapat gelaran itu. Doakan Hazriq ya?