Wednesday, July 20, 2011

#Assalamualaikum, kalau tak jawab, saya terasa. #emo.
Okey, tiba-tiba rasa terharu. Lama tidak update blog ini. Sudah bersawang. Tengok, Hazriq dah dapat penyakit bersin - bersin! Achum, achum! #bersingedik. Okey, okey. Buka mata anda yang cantik besar-besar dan baca tajuk di atas. Ya, ya. Ramadhan dah tak lama! Ramdhan dah nak datang! #taipsambilmelompat. Seronoknya! Hazriq dah tak sabar-sabar. 


Teringat masa dulu-dulu. Masa zaman kecil-kecil dahulu. Masa ni Hazriq sangat comel #tiba-tiba. "Siapa puasa, dapat duit RM50." Okey, masa dengar ni, melompat-lompat. Masa ni niat tak ikhlas. Puasa kerana $duit. Sekarang? Sudah matang. Niat kerana Allah. :'> Teringat masa zaman ketika muka Hazriq sangat comel, bersahur dalam keadaan mata mengantuk. Masa sekarang pun, tahan mengantuk juga. T_T. Sesi mengumpul duit raya paling menakjubkan! Kumpul duit kemudian beli apa yang mahu. Sekiranya tidak cukup, buat muka comel depan mama dengan abah. Tahun bila entah, dapatlah motor besar automatik. Sekarang, sudah rosak. Entah siapalah yang cerdik sangat letak bateri dalam air. Kenangan, kenangan . :'>

Sesi buka puasa waktu dahulu usah dikatakan kecohnya. Memang betul-betul kecoh macam kat Bazar Ramadhan. Suara paling bising, suara Hazriq la. HAHA. Tangan sebelah pegang air soya, sebelah lagi genggam nasi. Bertambah-tambah macam orang kebulur. Apa yang dibeli kat bazar tak habis. Membazir sahaja. #marahdekatdirisendiri. Abah hanya bagi main bunga api sahaja. Sekarang? Main juga. Terasa umur kurang dua, tiga tahun. HEHE.

Buat peminat bubur lambuk, dapatkan ia di kedai Hazriq. #gurau. Hazriq minat makan bubur lambuk. Sedap, sedap. Apa-apapun, selamat berpuasa.

Ramadhan yang ditunggu-tunggu kini datang tidak lama lagi. Bersyukur dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab seorang Muslim. #terharukita. :'>