Thursday, October 27, 2011

#Saya ada hobi baru. Tweeting! :25:
Err.. Minta maaf. Kebiasaan saya menulis entri di blog ini semakin luntur. Okey, saya pergi tanpa berita. * sebiji macam orang hilang * Di Facebook, saya jarang update status. Sila tanya, ke manakah saya membawa diri? * ayat ada kelas macam drama tidak? * Okey, okey. Err.. jujur. Saya lupa password saya. That's why saya baru boleh update sekarang. Apa? Macam mana boleh log in? Oh, nenek saya dekat kampung tolong ingatkan. Dia cakap, budak zaman sekarang, hal peribadi pun boleh lupa. Nasib baik, tahu pakai baju, pakai seluar. * sila jangan percaya * :face3:
Jadi, saya berharap semuanya sihat belaka. Sihat dan bertambah tembamnya! :45: Terima kasih siapa yang follow blog sepi ni, tsk. Awak memang baik hati, tangan, mata, jantung and semuanya! Terima kasih! Thank you! Arigato gozaimas! mush

Jadi? Er, saya nak cakap apa sekarang ni? * garu kepala * Hmm, saya rajin buka Twitter sekarang. Awak yang rasa comel ni bolehlah follow mollow saya kat sini. Jangan perhatikan bilangan Followers okey. Saya tahu, sikit. * merendah diri *

emoticon29 Sila tekan gambar. emoticon29


SPM nak dekat dah kan? Selamat bergelut dengan pen dan liquid paper. Selamat tidur di atas buku rujukan. Jawab hati-hati. Kalau memang dah tak dapat jawab sangat, konon terdesak sangat sampai nak meniru, awak boleh pergi lawat blog budak bijak ni. Budak bawah umur jangan sesekali MELIHATNYA. * caps locks tu umpama MENJERIT sambil MENUNDING JARI. Kau hadoo? lol. * Nah, ambillah.

Sekian sahaja celoteh saya yang kebanyakan banyak merepek ini. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi membazirkan masa anda menatap post ini. Saya terharu. Tengok, penuh satu baldi. Eh, saya perlu baldi yang kosong. Banyak betul air mata.

OK, Assalamualaikum. * sign out *