Saturday, November 19, 2011

Budak Sekolah Cuti Sekolah. Jangan Ganggu.

Budak yang sedang taip ni periksa PMR tahun depan. * terketar ketar *



Amboi, kemain budak UPSR sekarang ni ya. Nak minta hadiah , yalah macamlah korang tak tahu. Biasa, dapat 5 A. Minta Samsung Galaxy Tab 10.1 kat ayah. Hampa, tak dapat. Dapat makan penampar adalah. Kesian, bisu 10 hari. Sumpahan penampar sulung ayah agaknya. Takut, ngeri. Dapat 5 A, minta rumah. Ok, tu melampau betul.

Dulu time ambil keputusan UPSR, tak takut langsung. Cuma malam sebelum hari nak ambil slip saja berdebar-debar. Tup, tap, tup, tap. Orang cakap saya dapat 5A. Saya panggil lalat dengan membuka mulut saya seluas mulut gua selama 10 saat. Mujur, tak ada pun seekor lalat pun masuk dalam mulut saya. Hari tu mungkin hari bertuah saya. Dulu, saya memang nak jadi budak pandai. Mungkin Allah bagi saya 5A untuk pembakar semangat untuk peperiksaan besar yang akan datang. Alhamdulillah.


Kemain betulnya peniaga baju zaman sekarang. Baru sehari habis sekolah, dah gantung barner "Promosi Kembali Ke Sekolah" Takut gila dengan perkataan tu. Macam takut hantu. Ok, tipu. 

Cuba bayangkan kalau saya jadi penyanyi macam Justin Bieber , Greyson Chance , Selena Gomez. Keeelas kau, Hazriq. * lol * Saya tahu awak nak muntah. Selalu sangat nak muntah. Tak biasa pula minta baldi dengan saya. Nah, saya bagilah. Sedekah, kasi free saja. Boleh bawa balik. K, bai. Saya kena makan ubat sakit tekak then sambung balik latihan nyanyian. Lol, gedik. 

Assalamualaikum.